Perkenalan ini suatu kesalahan
memori yang penuh sesal
sampai saat ini, masih dalam karungan ingatanku 
berdaki kasar dan penuh menyesakkan
kamu yang menjadi raja untuk diri mu
mengalir air berlekuk pada batu
tidak pula berganjak burung pada pohon jinaknya.
Dosa kelmarin masih dalam simpanan
biar membeku jadi halimunan
supaya bisa aku ganti dengan cita-cita atau angan baru
berkabur langit berjalan waktu
biar tidak aku beruntung, mahu menggunung bunga sekuntum.


Kehidupan yang menghidup

Manusia begerak
Kenapa perlunya kita bergerak?
Kerna dunia itu bergerak
Bumi bergerak pada paksinya
Air bergerak pada alur sungainya
Angin bergerak ke sekitar kita
Jadi itu kemestian bagi kita untuk bergerak
Menyampaikan
Lalu apa jadi apabila manusia itu berhenti bergerak?
Berhenti menyampaikan?

Dunia berhenti fungsinya
Bumi tidak lagi membuahkan hasilnya
Maka kitalah yang binasa.
Aku meninggalkan mu
Jahiliyahku
Bukan kerana sifatmu yang tidak menentu
Tetapi
kerana aku jijik dengan diriku sendiri

Bagaimana mahu aku sebut-sebut nama tuhanku
Sedangkan aku melaku yang dia mungkar
Bagaimana.
Mungkin ini bukan cinta
cuma bisikan syaitan buat aku leka
mungkin aku tergoda
sehingga terasa indah setiap dosa

tetapi
kerana Allah itu menyayangi
mencampakkan kembali perasaan ini
Dia tahu aku rindu
Dia tahu yang aku perlu
Jadi tinggalkan jahiliyahmu dan kembali pada Ku
Allah menyeru
dan dengan penuh khilaf, aku minta hati yang baru.